Sunday, 23 June 2013

LULUR GARAM dan KHASIAT LUARBIASAnya

Luluran (Scrub) Asmeeda Auratheraphy Crystal Salts

Lulur Garam Asmeeda Auratheraphy Crystal Salts diperbuat daripada Garam Kristal dari Gunung Himalaya yang terkenal dengan sifat dan khasiat penyembuhannya. 

Komposisi garam bukit ini dianggap sangat luarbiasa dengan kandungan magnesium, kalsium, silika, natrium  dan potassium yang paling tinggi berbanding dengan garam air laut. 

Sifat menyerap garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar.

Lulur Garam Asmeeda Auratheraphy Crystal Salts di sediakan  dengan pelbagai ramuan dan haruman seperti:


Haruman Sidr (Apple),
Himalayan Crystal Salts - dikisar halus

Wangian menambahkan lagi keberkesanannya terutama sekali pada bahagian otak sebagai rangsangan.


Lulur Garam Asmeeda Auratheraphy Crystal Salts berfungsi sebagai:
penyerap, pembersih dan pelerai tenaga negatif dari gelombang jarak jauh seperti gelombang mikro dan radiasi yang menghasilkan unsur-unsur free radical dan seterusnya merosakkan sel-sel.

Memperbaiki metabolisma sel dan menyumbang kepada baikpulih dan pembiakan sel baru yang sihat.

Bercas ion negative, garam mengimbangkan dan mengekalkan daya magnetik dan graviti tubuh.

Mencegah infeksi pada kulit dan sangat baik untuk merawat masalah kulit seperti enzema dan psoriasis.

Melegakan penyakit-penyakit dan masalah tulang  seperti radang sendi, rheumatism, athritis dan sakit sendi.

Melancarkan peredaran darah dan membantu merawat sistem saraf.

Merangsang kelenjar pinial yang merembes hormon melatonin dan memberi kesan penyeimbangan  kepada bahagian medula (otak) yang mengawal rentak jantung, tekanan perasaan dan tekanan darah dan adrenalin.

Ia meleraikan sel-sel yang mati dan rosak dan hampir mati yang telah dirakam dengan memori penyakit lama. Sebelum memori ini dipindahkan kepada sel-sel baru, sel-sel ini perlu dilulurkan daripada kulit untuk mencegah penyakit dari berulang.

Menyelaraskan sistem haid yang tidak menentu dan segugut. Kitaran haid dan juga darah haid akan kembali kepada normal dalam dua atau tiga bulan apabila digunakan secara berterusan.

Menarik air berlebihan yang terperangkap dalam lemak dan juga membantu dalam pembakarannya. Tubuh akan menjadi langsing dengan penggunaan yang berterusan.


Apabila dilumur pada bahagian abdomen, Lulur Garam ini dapat membantu pesakit yang mengalami masalah busung kerana masalah hati.

www.facebook.com/AsmeedaAuratheraphyCrystalSalts

Khidmat Nasihat Percuma dan pembelian hubungi 017-2090 540

SERAI PENAWAR KANSER

SERAI PENAWAR KANSER !!!! 

Penemuan israel yang disembunyikan !!!.

BEBAS STRESS
MESTI BACA !!!

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

Sunday, 2 June 2013

Gaya Hidup Untuk Umur Panjang

Oleh:  Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG), terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada 1 Januari 2013.


     Amalan gaya hidup seperti yang diamalkan oleh mereka yang berumur panjang dan sentiasa sihat terutama yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman patut dijadikan contoh. Menjalani gaya hidup seperti yang dijalani oleh nenek-moyang kita didapati bukan sahaja berupaya meningkatkan kuantiti dalam bentuk pertambahan jangka hayat malah dari segi kualiti kehidupan secara keseluruhan.


    Dari segi pemakanan mereka hanya makan makanan pada kuantiti sederhana. Jenis makanan yang mereka makan pula tidaklah rencam sepertimana makanan-makanan yang biasa diambil oleh kebanyakan orang. Mereka makan nasi dengan satu atau dua jenis lauk sahaja.


    Lauk yang biasa mereka makan ialah ikan dan sekali-sekala pula telur. Mereka juga kerap makan sayur-sayuran. Kekerapan makan ikan terutama ikan sungai (atau laut) berbanding ayam menyumbang omega-3 selain sebagai sumber protein utama serta vitamin D. Semua ini dipercayai membantu memulihara fungsi pelbagai sistem tubuh untuk berfungsi dengan cekap.

Tahan lasak serba-serbi



      Mereka tidak takut mendedahkan diri kepada cahaya matahari. Malah sebahagian besar kehidupan mereka ialah membanting tulang di tengah panas terik matahari. Kulit mereka bertukar menjadi sawo matang. Ia tidak terbakar seperti dialami oleh kulit manja yang dimiliki oleh kebanyakan orang yang menjalani kehidupan serba-serbi moden.


     Sering makan sayur-sayuran dan ulam dipercayai menyumbang kepada kekukuhan sel-sel kulit mereka. Yang anehnya, mereka tidak mengalami kanser kulit sedangkan mereka terdedah kepada cahaya ultra ungu dari jenis yang berbahaya setiap hari kerana berkerja saban hari hingga ke petang.


     Untuk mengekalkan bendalir tubuh mereka minum air secukupnya. Jika mereka berhempas-pulas dan berpanas di bendang mereka akan minum air lebih berbanding jika tidak menjalankan aktiviti fizikal yang berat. Mereka lebih kerap minum air masak terutama pada waktu makan. Mereka minum air bergula ketika sarapan pagi dan minum petang sahaja.


     Mereka tidak pernah tahu kalori sesudu gula sama seperti sepinggan nasi namun jumlah minuman bergula yang mereka ambil dalam sehari cukup sesuai untuk menjaga bentuk tubuh mereka agar tidak obes.

     Aktiviti fizikal mereka dengan cara bekerja atau mengemas halaman rumah bukan sahaja membantu mengeluarkan peluh namun meningkatkan ketahanan tubuh fizikal dan psiko-emosi mereka. 


     Daya tahan mereka kuat kerana sejak kecil sistem imiun mereka telah membentuk pelbagai antibodi secara semulajadi. Ia berpunca dari pendedahan kepada pelbagai jenis kotoran yang terdapat pada tanah dan persekitaran. Tubuh mereka tidak pernah kenal suntikan vaksin. Tidak seperti anak-anak zaman moden yang disuntik pelbagai vaksin lalu yang dipercayai sebagai punca pelbagai bentuk alahan, kematian mengejut atau sindrom tubuh bergoncang (shaken body syndrome) dan autisme.

     Jika mereka mengalami masalah mereka akan mengadu kepada ALLAH dengan memohon pertolongan. Hubungan mereka yang rapat dengan ALLAH dengan benar-benar beriman kepadanya, menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara ikhlas membantu meningkatkan sikap positifnya dalam segenap aktiviti kehidupan harian.

     Nenek-moyang kita dahulu masak makanan menggunakan minyak kelapa. Hari ini minyak kelapa dikatakan oleh media barat sebagai punca penyakit jantung koronari. Pada hal ia berpunca dari angkara pengeluar minyak-minyak sayuran poli tak tepu bagi melakukan minyak berbahaya mereka. Mereka meninggal dunia kerana benar-benar sudah sampai masanya untuk meninggal dunia pada usia yang matang, bukan kerana kematian awal berpunca dari sakit jantung seperti dialami oleh orang zaman sekarang.

     Warga tua yang kekal sihat sampai mencapai umur matang yang dibincangkan dalam artikel ini makan ubat-ubatan moden menurut keperluan sahaja. Terdapat juga orang tua yang jarang sakit. Jadi mereka boleh dikatakan tidak bergantung kepada ubatan moden untuk terus kekal sihat. Sebaliknya amalan gaya hidup holistik sepertimana yang dijalani oleh nenek-moyang mereka menjadi ikutan.   

   Amalan gaya hidup mereka termasuk tidak terlalu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan modenlah yang membantu mereka panjang umur dan sentiasa kekal sihat.

Awet muda

     Cadangan gaya hidup berikut adalah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap amalan warga tua yang panjang umur dan kekal sihat seperti yang telah dibincangkan di atas. Ia juga diamalkan sendiri oleh penulis.

     Perkara-perkara utama yang perlu diamalkan ialah pengambilan makanan yang sesuai, menjalani aktiviti fizikal yang sesuai, bersikap positif, mengurangkan stres, tidur yang mencukupi, pendedahan kepada cahaya matahari untuk pembinaan vitamin D, minum air secukupnya setiap hari dan mengambil makanan mengandungi antioksidan.

     Beberapa perkara lain seperti mengelakkan pendedahan kepada pencemaran seberapa mampu, mengambil makanan kaya dengan omega-3 dan mengambil minyak kelapa dara juga membantu.

     Secara umum makanlah makanan yang sesuai dengan jenis metabolisme anda. Perlu difahami bahawa makanan yang sesuai untuk seseorang mungkin akan memudaratkan anda jika anda mengambilnya. Makanan yang sesuai dengan jenis metabolisme seseorang dipercayai membantu memulihara kesihatan tubuh secara keseluruhan dan mengurangkan kemungkinan untuk mengalami penyakit termasuk penyakit degeneraif.

     Sesetengah orang akan mengalami tindak-balas makanan apabila mengambil makanan tertentu. Tindak-balas makanan akan menyebabkan seseorang mengalami simtom buruk tertentu. Makanan organik adalah jauh lebik baik dari makanan yang ditanam secara komersil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan dan jenis metabolisme serta perbincangan mengenai tindak-balas makanan sila baca buku penulis berjudul Kawal Berat Badan (terbitan Alaf 21).

     Mengelakkan makanan karbohidrat terproses, makanan tinggi gula, makanan/minuman yang mengandungi sirap jagung tinggi fruktosa ialah langkah yang bijak. Gunakan manisan seperti gula kabung dan gula Melaka asli. Mengurang/mengelakkan makanan bergoreng secara terendam lama juga adalah langkah bijak. Begitu juga dengan menjauhi makanan-makanan terproses termasuk pelbagai jenis kerepek/cip kentang atau diperbuat dari tepung gandum.

     Menggunakan garam semulajadi seperti garam gunung Himalaya sepatutnya dijadikan keutamaan untuk setiap masakan. Ia menyumbang pelbagai fungsi termasuk dikatakan membantu menyeimbangkan paras pelbagai jenis mineral dalam tubuh. Makanan yang dijeruk seperti yang dimakan oleh nenek-moyang kita amat bermanfaat untuk kesihatan terutama untuk memulihara keseimbangan fungsi sistem imiun.

     Makan secara teratur dan dari jenis makanan yang sesuai dengan metabolisme tidak mencukupi. Aktiviti fizikal dengan berjalan sekurang-kurangnya tiga puluh minit setiap kali berjalan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

     Aktiviti fizikal dengan melakukan hubungan biologi dengan pasangan sah juga membantu. Sesungguhnya aktiviti fizikal cergas termasuk bersenam dengan cara yang betul meningkatkan pembinaan horrmon pertumbuhan disamping membantu seseorang kekal sihat dan sentiasa bertenaga.


Herbalis Bahrain Samah, RH