Monday, 20 May 2013

Mengekalkan Aura Sentiasa Positif


TEKNIK MENAMBAH AURA

1. Sentiasa berwuduk dan sentiasa berzikir

2. Bersihkan badan dan muka anda, supaya sentiasa dalam keadaan selesa - Hindarkan keserabutan.

3. Amalkan mandian GARAM BUKIT SETIAP HARI

4. Waktu pagi minumlah segelas minuman herba atau madu lebah dengan berselawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

5. Mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa setiap masa, jangan sesekali memakai pakaian yang tidak selesa dan tidak sesuai dengan aktiviti anda kerana akibatnya gerakan peribadi anda menjadi tidak berkeyakinan

6. Gunakan wangian yang sesuai dan jangan terlalu banyak atau terlalu kuat baunya ( sederhana sahaja )

7. Jangan bersolek ( makeup ) berlebihan

8. Pakailah fesyen yang bersesuaian dan sopan

9. Ketika anda menyapu bedak kemuka, berselawatlah dan mohonlah kepada Allah agar pancaran aura anda menyerlah dan berdaya pikat

10. Selesakan fikiran, jangan berfikir negatif, pastikan anda meletakkan alat-alat seperti pen, talipon atau lain-lain ditempat yang sesuai dan selesa tidak mengganggu keselesaan pergerakan anda 

11. Sentiasalah menghargai alam dan muhasabah

* Apabila anda sampai kemana-mana destinasi, pejabat atau di tempat awam, berjalanlah dengan keyakinan diri serta sentiasa mengorakkan senyuman " ( Jangan sekali-kali bermuka masam ) ". 

* Katakan dalam hati dan minda anda kepada sesiapa yang anda temui " Aku adalah hebat dan anda juga adalah hebat " . semoga anda menerima salam persahabatan dari aku .

Yang pasti cas magnetik Aura anda akan meningkat setiap masa...

No comments:

Post a Comment