BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA
BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda
atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di
sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu
itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau
(isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu
ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib
dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan
otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu
tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur
delta di mana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan
dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
No comments:
Post a Comment